Oleh : IsDA
BAB 8
Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk daripada luar kedengaran perlahan.
“Masuk..” ujar satu suara garau lembut menyuruh orang diluar masuk.
Seorang gadis yang sopan berpakaian baju kurung tersenyum manis kearah abang Is sambil menatang segelas air jus oren ditangan. Dulang tersebut diletakkan betul-betul dihadapan Syafiqah yang ralit membaca majalah diruang sofa didalam bilik besar abang Is.
“Terima kasih..” ucap Syafiqah ramah.
Setiausaha abang Is dalam lingkungan 30-an itu tersenyum lebar. “Sama-sama.. Kalau adik nak apa-apa, panggil akak kat luar ya”, ujar wanita itu ramah. Syafiqah mengangguk laju bagai burung belatuk.
Abang Is disebelah sudut tersusunnya fail-fail penting, ketawa kecil melihat wajah comel Syafiqah.
Setiausaha abang Is yang baru jumpa beberapa minit lalu pun turut ketawa kecil melihat gelagat Syafiqah.
“Ok, saya keluar dulu encik Iskandar.. Lagi setengah jam, mesyuarat mula. Jadi, saya harap encik Iskandar bersedia dahulu sebelum masuk ‘meeting’ ”, ujar wanita itu lembut. Abang Is sekadar mengiakan sahaja.
Syafiqah hanya memandang sekilas abang Is yang sibuk menyemak fail ditangan diatas meja kerja beliau.
Serius dan nampak matang betul abang Is saat ini. Sungguh tampan dan penuh karisma dimata Syafiqah.
Teringat pulak perbualan antara dia dan abang Is ketika dalam perjalanan dalam kereta sebelum ke sini menggamit senyuman malu dia.
“Lepas ni, nak pergi mana?” tanya Syafiqah manja. Mata terkebil-kebil memandang wajah abang Is lagak budak kecil.
“Balik lah. Kan Fiqah cakap tak de kelas lepas ni..” ujar abang Is selamba. Syafiqah sudah mencuka. Abang Is ni memang tak peka tau..
“Balik lah. Kan Fiqah cakap tak de kelas lepas ni..” ujar abang Is selamba. Syafiqah sudah mencuka. Abang Is ni memang tak peka tau..
“Ala, tak kan balik terus kot. Fiqah free sampai malamlah abang. Bawaklah Fiqah pergi mana-mana”, rengek Syafiqah. Lengan dibaluti kemeja panjang abang Is dielus manja dan menggoda. Dia perasan abang Is sedikit terkesan, tapi muka abang Is kembali tenang semula selepas seketika.
“Abang ada meetinglah lepas ni.. Jadi, abang tak boleh ponteng lagi..” ujar abang Is. Syafiqah mengeluh. Tapi seketika, Syafiqah tersengeh-sengeh. Wajah abang Is dipandang penuh makna tersurat.
Abang Is mengerutkan kening. “Kenapa?”
Syafiqah menggeleng-geleng. Janggut sejemput abang Is, diusik. Memang, kalau tak de janggut sejemput tu, pasti abang Is masih kelihatan keanak-anakan. Tidak kelihatan matang seperti sekarang.
“Jadi, selama ni abang Is pontenglah demi Fiqah. Wah!! So sweetnya abang ku sayang ni”, jerit Syafiqah mengada-ngada. Tetapi, diperdengaran abang Is ia kedengaran begitu manja.
Abang Is ketawa kecil. Riuh dalam kereta tu dengan perbualan mereka ni. ‘Jam’ yang dirasakan begitu lama, terasa sekejap sahaja bagi mereka berdua. Biasalah, waktu makan tengah hari macam ni semuanya orang bersesak mahu keluar makan dan pulang semula ke tempat kerja masing-masing.
“Yalah, demi orang tu. Nanti orang tu merajuk, susah pulak abang nak pergi rumah sewa dia nak pujuk”, sindir abang Is. Syafiqah mencebik. Merajuk konon. Cakaplah abang Is rindukan dia. Kalau tak sehari tak jumpa, pasti rindu. Hehehe… Mengaku jelah abang Is..
Mereka bertingkah sehingga tidak sedar, kereta abang Is sudah sampai ke tempat parking didepan bangunan pejabat.
Syafiqah mengerutkan kening. Macam kenal je tempat ni..
Persoalan terjawab apabila abang Is tersenyum. “Cakap nak pergi mana-mana kan.. NI..” jari telunjuk abang Is menala kearah bangunan yang tinggi entah berapa tingkat dan dia hanya mengekor sahaja kemana arah jemari abang Is pergi.
Cup!! Pipi kanan Syafiqah dikucup sepintas lalu. Malu tahap gaban dia. Manakala abang Is pulak, tergelak besar. Lucu barangkali lihat wajah terkejut dia agaknya.
Cup!! Pipi belah kiri Syafiqah dirasakan dikucup seseorang membuatkan bayangannya sebentar tadi, hilang ke mana. Syafiqah menjeling tajam kearah abang Is yang tersengeh-sengeh nakal. ‘Ish, bagi penyepak sekali kang, baru tahu’, desis hati Syafiqah. Tapi, sebenarnya dia suka..
“Tu lah, berangan. Orang panggil tak dengar. Asyik pegang-pegang pipi kanan tu. Kenapa? Ada semut gigit ke..”, sindir abang Is dengan riak muka tak bersalah.
Syafiqah semakin malu. Kedua pipinya dipegang lembut. Keduanya dikucup mesra abang Is untuk hari ini. Bahagianya rasa..
“Oklah, abang nak pergi bilik mesyuarat sekarang. Fiqah duduk dalam ni je eh. Tunggu abang siap, lepas tu baru kita keluar”,ujar abang Is seakan memberi arahan. Syafiqah mengangguk-angguk bagai belatuk dan menghantar pemergian abang Is sambil menjinjit fail dengan ekor matanya sahaja.
sumber : http://www.penulisan2u.my/

nice post
ReplyDeletethanks
ReplyDelete